Bantahan terhadap cadangan IUPAC 1994 Perang_Transfermium

Penyelesaian ini mencetus bantahan daripada Persatuan Kimia Amerika (ACS) dengan alasan hak kumpulan Amerika untuk menamakan unsur 106 tidak dipertimbangkan dan kumpulan tersebut sepatutnya mendapat hak untuk menamakan unsur itu dengan nama pilihan mereka sendiri. Sebenarnya IUPAC memutuskan bahawa penghargaan bagi penemuan unsur 106 sepatutnya dikongsi antara Berkeley dan Dubna, tetapi kumpulan Dubna belum mengusulkan nama mereka sendiri.

Berkaitan dengan yang di atas, kumpulan Jerman membangkang cadangan IUPAC menamakan unsur 108 sebagai "hahnium" berdasarkan cadangan pihak Amerika dan membangkitkan semula adat kebiasaan hak penamaan unsur oleh penemu unsur tersebut.[5]

Tambahan lagi, oleh sebab banyak buku Amerika telah menggunakan nama rutherfordium dan hahnium bagi unsur 104 dan 105, ACS membantah penggunaan nama-nama ini untuk unsur-unsur lain.